Selasa, 19 April 2011

BUKA AIB~

Hari ini aku mendengar satu kuliah Zohor kat Surau Maybank yang betul2 menyentuh jiwa and perasaan aku. Ya Allah sesungguhnya Kau memang Maha Pengampun, Maha Mulia, Maha Kaya dan Maha Penyayang terhadap hamba-Mu...

Manusia memang tidak terlepas daripada melakukan dosa. Sama ada dosa kecil atau dosa besar. Antara dosanya ialah BUKA AIB.

Tetapi adakah pernah kita menceritakan keaiban orang lain dan keaiban diri sendiri kepada orang lain?

Apa maknanya ‘Aib’? Aib ini adalah mengatakan sesuatu kekejian atau keburukan orang lain dengan niat. Hukum mengaibkan orang ini adalah haram. Seperti juga hukum mengumpat.

Hadis Rasulullah SAW:

“Jangan buka aib orang kerana Allah akan membuka aibmu walaupun di dalam rumahmu sendiri”

"Jauhilah perkara-perkara keji yang telah dilarang oleh Allah, sesiapa yang telah melakukannya, hendaklah dia menutupinya dengan tutupan Allah dan bertaubat kepada Allah. Ini kerana jika sesiapa menampakkan perkara keji (yang dilakukannya) kepada kami, kami akan menjatuhkan hukuman yang telah diperintahkan oleh Allah S.W.T"

"Sesiapa yang berdosa di dunia dengan melakukan sesuatu dosa lalu dikenakan hukuman ke atasnya disebabkan dosanya itu, maka Allah Maha Adil daripada melipat gandakan hukuman-Nya ke atas hamba-Nya. Dan sesiapa yang berdosa dengan satu dosa di dunia lalu Allah menutupi ke atasnya, maka Allah Maha Mulia daripada mengenakan hukuman ke atas sesuatu yang telah Dia ampunkan."

Macam mana kita nak tau yang benda yang kita cakap ni adalah membuka aib seseorang?

"Eh ko tau tak... si fulan bin si fulan tu rupanya anak luar nikah"
"Ko tau tak dia x pernah berpuasa pun"

Ayat2 seperti di atas merupakan suatu perbuatan membuka aib seseorang yang seterusnya menjadi suatu perbuatan yang lebih besar iaitu "Fitnah".

Bagaimana pulak dengan ayat seperti dibawah ini?

"Korang nak tau tak.. aku pernah mempunyai hubungan intim dengan orang ini?"
"Aku dah 40 tahun tak solat 5 waktu, terukkan aku?"

Ayat di atas merupakan satu contoh perbuatan membuka aib sendiri

Sabda Rasulluah S.A.W yang bermaksud... "Sesiapa yang melakukan dosa sedemikian (syirik, mencuri dan zina) dan dihukum kerananya, maka hukuman itu adalah kifarah baginya. Dan sesiapa yang melakukan dosa sedemikian lalu Allah menutupinya, maka terpulang kepada Allah sama ada untuk mengampunkannya atau mengazabnya."

Menjadi satu kewajipan untuk kita menutup aib orang lain dan aib kita sendiri.

Sabda Rasulluah S.A.W yang bermaksud... "Sesiapa yang menutupi (kesalahan) seorang muslim maka Allah menutupinya di dunia dan akhirat."

Oleh itu marilah kita cuba sedaya upaya untuk tidak menjadi golongan yang suka membuka aib orang lain dan aib kita sendiri...Teknologoi seperti Facebook, Twitter dan Blogs merupakan satu cara yang sangat mudah untuk menyebarkan aib orang lain. Gunalah teknologi ini sebaik mungkin. Jangan disalahgunakan...

Sekian.... Sekadar Ingat Mengingati~~

Tiada ulasan: