Isnin, 3 Mei 2010

Minangkabau & Adat Perpatih

Ok.. hari ini aku nak berkongsi dengan korang mengenai budaya minangkabau dan adat perpatih kat Malaysia. Actually, my family from my mum side adalah pengamal adat perpatih dan berketurunan Minangkabau. Oleh itu kalau aku balik Kampung kat Negeri Sembilan.. lebih2 lagi kalau ada kenduri, adat perpatih ada juga mempengaruhi dalam kenduri tersebut.

My mum dulu ada cakap ngan aku... Aku kalau kahwin dengan orang Negeri Sembilan yang berketurunan atau suku dari minangkabau... for sure aku akan disenaraikan pendek untuk menjadi penghulu di kampung aku. Yang pasti... Perempuan tu adalah dari suku yang berlainan. Berdasarkan adat perpatih, adalah dilarang berkahwin sesama sama suku. Ia seperti berkahwin dengan adik beradik... Jika kahwin gak hukuman dia buang daerah. Dengan kata lain dah x boleh balik kampung. (Nasib baik aku kawin dengan Orang Melaka :P). Tetapi kalau dalam Islam tak salah pun sebenarnya. Relevannya adat ni adalah untuk mengembangkan keturunan. Takdelah keturunan itu berada di dalam likungan suku itu ;)

Macam mana nak kenal suku itu? kita akan tahu suku itu berdasarkan Ibu kita. Kalau adat, maksudnya 'perut'. So mcm aku dari suku Tanah Datar sebab nenek aku adalah suku Tanah Datar. Arwah atuk aku dulu dari suku Sri Lemak... Tetapi, adat perpatih mengatakanuntuk mengetahui dia suku mana hendaklah berdasarkan kepada ibunya atau neneknya. Itu yang diceritakan oleh nenek (wan) kesayangan aku, Mahya bte Peral.

Okla... kat sini aku letakla skit info pasal Minangkabau di Negeri Sembilan & Adat Perpatih.

Orang Minangkabau merupakan penduduk asal kawasan yang kini dikenali sebagai Sumatra Barat di Indonesia. Kebudayaan mereka adalah bersifat keibuan (matrilineal), dengan harta dan tanah diwariskan dari ibu kepada anak perempuan, sementara urusan ugama dan politik merupakan urusan kaum lelaki (walaupun sesetengah wanita turut memainkan peranan penting dalam bidang ini). Kini sekitar separuh orang Minangkabau tinggal di rantau, majoriti di bandar dan pekan besar Indonesia dan Malaysia. Orang Melayu di Malaysia banyak yang berasal dari Minangkabau, mereka utamanya mendiami Negeri Sembilan dan Johor. Dahulunya, Malaysia (Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak), Brunei, Sumatera, Jawa dan beberapa pulau di Indonesia serta Selatan Filipina dikenali sebagai kepulauan Melayu atau dipanggil nusantara. Penduduk di kepulauan Melayu ini adalah dari rumpun yang sama. Maka tiada masalah bagi penduduk dari Tanah Melayu untuk pergi ke Pulau Sumatera atau sebaliknya.

Walaupun suku Minangkabau kuat dalam pegangan agama Islam, mereka juga kuat dalam mengamalkan amalan turun-temurun yang digelar adat. Walaubagaimanapun, pengaruh agama Islam masih kuat di dalam adat Minangkabau, seperti yang tercatat di dalam pepatah mereka, Adat basandi syara', syara' basandi Kitabullah, yang bermaksud, adat (Minangkabau) bersendi hukum Islam dan hukum Islam bersendi Al Qur'an.

Perkataan Minangkabau merupakan gabungan dua perkataan, iaitu, minang yang bermaksud "menang" dan kabau untuk "kerbau". Menurut lagenda, nama ini diperolehi daripada peristiwa perselisihan di antara kerajaan Minangkabau dengan seorang putera dari Jawa yang meminta pengakuan kekuasaan di Melayu. Untuk mengelakkan diri mereka daripada berperang, rakyat Minangkabau mencadangkan pertandingan adu kerbau di antara kedua pihak. Putera tersebut setuju dan menonjolkan seekor kerbau yang besar dan ganas. Rakyat setempat pula hanya menonjolkan seekor anak kerbau yang lapar tetapi dengan tanduk yang telah ditajamkan. Semasa peraduan, si anak kerbau yang kelaparan dengan tidak sengaja merodok tanduknya di perut kerbau itu kerana ingin mencari puting susu untuk meghilangkan kelaparannya. Kerbau yang ganas itu mati dan rakyat tempatan berjaya menyelesaikan pergelutan tanah dengan cara yang aman.

Bumbung rumah adat Minangkabau yang dipanggil Rumah Gadang, (Rumah Besar) memiliki rupa bentuk yang unik kerana ia menyerupai tanduk kerbau. Terdapat juga prinsip-prinsip tertentu dalam pembinaan rumah adat Minangkabau. Masyarakat Minangkabau merupakan masyarakat matrilineal yang terbesar di dunia, di mana harta pusaka diwaris menerusi nasab sebelah ibu. Beberapa ahli fikir berpendapat bahawa adat inilah yang menyebabkan ramai kaum lelaki Minangkabau untuk merantau di serata Nusantara untuk mencari ilmu atau mencari kemewahan dengan berdagang. Kanak-kanak lelaki semuda 7 tahun selalunya akan meninggalkan rumah mereka untuk tinggal di surau di mana mereka diajarkan ilmu agama dan adat Minangkabau. Apabila remaja pula, mereka digalakkan untuk meninggalkan perkampungan mereka untuk menimba ilmu di sekolah atau menimba pengalaman daripada luar kampung dengan harapan yang mereka akan pulang sebagai seorang dewasa yang lebih matang dan bertanggungjawab kepada keluarga dan nagari (kampung halaman).

Tradisi ini berhasil mendirikan beberapa masyarakat rantauan Minangkabau di bandar dan tempat-tempat lain di Indonesia. Namun ikatan mereka dengan Ranah Minang (Tanah Minang) masih disimpan dan dikuatkan lagi. Satu contoh kawasan yang didiami oleh masyarakat Minangkabau dan masih mengamalkan adat dan budaya Minangkabau adalah Negeri Sembilan di Malaysia.

Kedatangan bangsa Minangkabau
Sebelum Negeri Sembilan bernama demikian di Melaka sudah berdiri sebuah kerajaan yang terkenal dalam sejarah. Dan pelabuhan Melaka menjadi pintu gerbang untuk menyusup kedaerah pedalaman tanah Semenanjung Melayu. Maka sebelum tertubuhnya Negeri Sembilan datanglah rombongan demi rombongan dari Minangkabau dan tinggal menetap disini.

Rombongan Pertama
Mula-mula datanglah sebuah rombongan dengan pimpinan seorang datuk yang bergelar Datuk Raja dengan isterinya Tok Seri. Tetapi kurang jelas dari mana asal mereka di Minangkabau. Mereka dalam perjalanan ke Negeri Sembilan singgah di Siak kemudian meneruskan perjalanan menyeberang Selat Melaka terus ke Johor. Dari Johor mereka pergi ke Naning terus ke Rembau. Dan akhirnya menetap disebuah tempat yang bernama Londar Naga. Sebab disebut demikian karena disana ditemui kesan-kesan alur naga. Sekarang tempat itu bernama Kampung Galau.

Rombongan Kedua
Pimpinan rombongan ini bergelar Datuk Raja juga dan berasal dari keluarga Datuk Bandaro Penghulu Alam dari Sungai Tarab. Rombongan ini menetap disebuah tempat yang kemudian terkenal dengan Kampung Sungai Layang.

Rombongan Ketiga
Rombongan ketiga ini datang dari Batu Sangkar juga, keluarga Datuk Makudum Sati di Sumanik. Mereka dua orang bersaudara: Sutan Sumanik dan Johan Kebesaran. Rombongan ini dalam perjalanannya singgah juga di Siak, Melaka, dan Rembau. Kemudian membuat sebuah perkampungan yang bernama Tanjung Alam yang kemudian berganti dengan Gunung Pasir. (Kampung aku)

Rombongan Keempat
Rombongan ini datang dari Sarilamak (Payakumbuh), diketuai oleh Datuk Putih dan mereka menepat pada Sutan Sumanik yang sudah duluan membuka perkampungan di Negeri Sembilan ini. Datuk Putih terkenal sebagai seorang pawang atau bomoh yang ahli ilmu kebatinan. Beliaulah yang memberi nama Seri Menanti bagi tempat istana raja yang sekarang ini.

Kemudian berturut-turut datang lagi rombongan lain-lainnya antaranya yang dicatat oleh sejarah Negeri Sembilan : Rombongan yang bermula mendiami Rembau datangnya dari Batu Hampar (Payakumbuh) dengan pengiringnya dari Batu Hampar sendiri dan dari Mungka. Nama beliau ialah Datuk Lelo Balang. Kemudian menyusul lagi adik dari Datuk Lelo Balang bernama Datuk Laut Dalam dari Kampung Tiga Nenek.

Walaupun penduduk Negeri Sembilan mengakui ajaran-ajaran Datuk Perpatih nan Sebatang yang sangat popular disini tetapi mereka tidak membagi persukuan atas 4 bahagian seperti di Minagkabau. Mungkin disebabkan situasi dan perkembangannya sebagai kata pepatah : Dekat mencari suku jauh mencari Hindu, maka suku-suku di Negeri Sembilan berasal dari luak dari tempat datang mereka itu atau negeri asal datangnya.

Berdasarkan asal kedatangan mereka yang demikian terdapatlah 12 suku di Negeri Sembilan yang masing-masing adalah seperti berikut:

Tanah Datar
Batuhampar
Seri Lemak Pahang
Seri Lemak Minangkabau
Mungka
Payakumbuh
Seri Malanggang
Tigo Batu
Biduanda
Tigo Nenek
Anak Aceh
Batu Belang

Pada permulaan abad ke-14, orang-orang Minangkabau mula tiba di Negeri Sembilan melalui Melaka dan sampai ke Rembau. Orang Minangkabau ini lebih bertamadun daripada penduduk asal iaitu, Orang Asli, dan berjaya tinggal secara damai dengan mereka. Dengan itu berlakulah pernikahan antara orang-orang Minangkabau dengan penduduk asli dan daripada keturunan mereka dinamakan suku Biduanda. Suku Biduanda ini adalah pewaris asal Negeri Sembilan dan apabila hendak memilih seorang pemimpin maka hanya mereka dari suku Biduanda inilah yang akan dipilih. Orang-orang Minangkabau yang datang kemudian adalah dari suku kampung-kampung asal mereka di Minangkabau. Pada peringkat awal kebanyakan yang tiba adalah dari Tanah Datar dan Payakumbuh.

Adat Perpatih
Pengamal Adat Perpatih sangat sinonim dengan pepatah Biar mati anak, jangan mati adat kerana adat ini berkaitan dengan budaya masyarakat di Negeri Sembilan. Jika disusuri akar umbinya, Adat Perpatih dilaksanakan di Negeri Sembilan dengan kedatangan dan penghijrahan masyarakat dari Minangkabau, Sumatera Barat ke Rembau pada abad ke-14.Daerah yang kuat mengamalkan Adat Perpatih ialah Daerah Rembau, Jelebu dan Kuala Pilah kerana kawasan darat dikuasai oleh Datuk Perpatih Nan Sebatang.

Konsep
Adat ini berkonsepkan demokrasi dan permuafakatan dan tidak bertentangan dengan agama Islam, sesuai pula dengan perbilangan:

Adat bersendi Hukum
Hukum bersendi Kitabullah
Syarat mengata, adat memakai
Adat sandar-menyandar
Ibarat aur dengan tebing

Ciri-ciri
Adat Perpatih merupakan suatu peraturan hidup yang sistematik dan telah mempengaruhi rupa bentuk, konsep dan falsafah sosiobudaya sebahagian besar rakyat di Negeri Sembilan dan Naning di Melaka. Adat ini berteraskan keharmonian hidup masyrakat dan merangkumi pelbagai bidang kehidupan seperti sistem politik, ekonomi, sosial sehinggalah hal-hal yang mikro seperti adat istiadat pertabalan raja, kaedah pembahagian harta pusaka dan perkahwinan. Beberapa peraturan asas seperti hidup bersuku, mengira keturunan daripada nasab ibu dan perwarisan yang fundamental ini tidak boleh diubah. Dalam sistem sosial, Adat Perpatih mengandungi sistem nilai, sistem kekeluargaan, sistem politik dan sistem hukum adat yang lengkap. Walaupun terdapat perubahan akibat pengaruh daripada nilai-nilai budaya yang datang dari luar dan menerima kesan peredaran zaman, adat ini masih lagi relevan. Adat Perpatih yang diamalkan di Negeri Sembilan dan Naning di Melaka, secara tidak langsung telah memberi gambaran bahawa negeri ini negeri beradat dan memudahkan masyarakat Malaysia dan dunia mengenali negeri melalui adatnya.

p/s: hmm... Allah jadikan manusia itu pelbagai dari jenis bangsa, dan dijadikan suku dan kaum... Tetapi Agama tetapnya ISLAM.

2 ulasan:

diLa berkata...

tp ko ni kn tiga suku. bhye kalo suku kaum ko dikembangkan.;p

ciss, aku tatahan stetmen ko yg ni.."(Nasib baik aku kawin dengan Orang Melaka :P)"

soalan saye: ko da akad nikah blom?;p

MoHFiR - Mohd Firdaus berkata...

hahaha... ayat tertinggal la.. biarla... x lama je lagipun... ko jeles kan?