Ahad, 18 April 2010

Pertemuan Dua Laut: Bukti dari Al-Quran

"Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu # Antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui oleh masing-masing."(Surah Ar-Rahman : 19-20)

Dalam ayat Al-Quran di atas, perkataan "Barzaakh" digunakan untuk menunjukkan makna pemisah atau pengasing antara dua benda, tetapi bukan dalam bentuk jisim. Selain itu, perkataan "maraja" juga digunakan dalam ayat ini. Perkataan "maraja" bermaksud, berjumpa atau bergaul. Penggunaan dua perkataan yang mempunyai maksud yang berbeza ini telah menyukarkan ahli-ahli tafsir pada zaman dahulu membuat tafsiran tentang kedua-duanya, iaitu berjumpa dan bergaul, tetapi pada masa yang sama terdapat penghalang / pemisah di antara kedua-duanya. Walaubagaimanapun, sains moden juga telah menjumpai satu fenomena di mana apabila air tawar (sungai) dan air masin (laut) berjumpa dan bergaul, terdapat pemisah atau penghalang di antara kedua-duanya untuk bercampur. Ini menyebabkan terdapat perbezaan antara 2 jenis air ini, dari segi suhu, kemasinan dan kepekatan.

Sains moden sekarang dapat memberi penjelasan tentang fenomena ini (terdapat pemisah antara kedua-dua jenis air). Pada peringkat awal, memang terdapat pemisah antara 2 jenis air ini apabila mereka bertemu (di kuala sungai). Walaupun begitu, apabila air tawar (sungai) memasuki kawasan lautan, ia dengan sendirinya menjadi air masin. Fenomena yang terdapat dalam Al-Quran dijelaskan oleh Dr.William Hay, seorang saintis marin dan Profesor Sains Geologi di Universiti Colorado, U.S.A.

Fenomena ini juga diceritakan dalam ayat Al-Quran di bawah ini.

"..dan menjadikan sesuatu pemisah antara dua laut ?.."(Surah An-Naml : 61)

Fenomena ini berlaku di beberapa buah tempat contohnya, pemisah di antara Lautan Mediteranean dan Lautan Atlantik di Giblartar.

Walaubagaimanapun, apabila Al-Quran menyebut tentang pembahagi di antara dua jenis air ini, disebut juga tentang kewujudan "Dinding dan batas" bersama-sama pembahagi tersebut.

"Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan); yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalanginya"(Surah Al-Furqan: 53)

Sains moden telah menemui bahawa di kuala-kuala sungai, iaitu suatu tempat di mana kedua-dua jenis air tadi bertemu, berlaku keadaan yang berbeza daripada apa yang berlaku di tempat dua lautan bertemu. Sains moden juga menemui bahawa bahan yang menyebabkan penukaran air sungai menjadi air masin apabila memasuki kawasan lautan di kuala-kuala sungai dikenali sebagai "Pycnocline Zone with a marked density discontinuity separating the two layers".

Fenomena ini juga hanya berlaku di sesetengah tempat sahaja; antaranya di Mesir, di mana sungai Nil bertemu dengan Lautan Mediteranean.

Bukti Videos

"Fa-biayyi alaa'i Rabbi kuma tukadzdzi ban"
(Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?)

InsyaAllah, besok saya akan berkongsi dengan anda Mengenai "Istana Iblis"

p/s: Hari ini hampir-hampir dah nak langgar orang gila di tengah-tengah Lebuhraya kat Klang. Dahla time Maghrib plak tu. Kus Semangat sib baik dpt mengelak dalam jarak 10 meter. Tak taula lepas aku ngelak td ada keta lain langgar dia....

Tiada ulasan: