Rabu, 4 Februari 2009

BN Menguasai Negeri Perak Semula?? Kronologi dan Pengajaran...

3:00 Petang
Semua Ahli Dewan Udangan Negeri (Adun) dan ahli parlimen BN Perak telah diarahkan menemui Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya petang ini. Timbalan perdana menteri pula dijadual akan mengadakan sidang akhbar khas pada jam 4 petang ini mengenai perkembangan semasa di negeri itu. Dalam sidang media tergempar di pejabatnya sebentar tadi, Menteri Besar Perak menyatakan Adun Bota, Datuk Nasharuddin Hashim yang menyertai PKR bulan lalu "telah diculik". Pihak yang didakwa berbuat demikian tidak dinyatakan. Sementara itu, dua lagi Adun DAP Perak dikatakan akan keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas. Jika mereka benar-benar berbuat demikian, lima orang Adun Pakatan Rakyat - dua dari PKR dan tiga dari DAP - keluar parti dan membolehkan BN menguasai kerajaan negeri dengan lebih stabil.

3.35 Petang
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP Jelapang, Hee Yit Foong hari ini mengesahkan bahawa beliau telah keluar dari parti itu. Tindakan Hee itu menyebabkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Perak menjadi hampir lumpuh. Semalam, dua Adun PKR - Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Osman Jailu (Changkat Jering) telah keluar parti. Ekoran keputusan Hee itu, beliau juga kehilangan jawatan timbalan speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak. Keputusan Hee keluar parti itu disahkan oleh setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming.

3.52 Petang
Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dijangka akan dibubarkan dalam masa terdekat jika Sultan memberikan perkenan kepada kerajaan Pakatan Rakyat itu untuk memanggil pilihanraya negeri secara mengejut. Menteri Besar, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin kelihatan masuk Istana Kinta di Ipoh jam 3.50 petang untuk menghadap Sultan Perak.

4:25 Petang
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dan Adun Changkat Jering, Mohd Osman Mohd Jailu akan menyertai Umno. Kedua-duanya kini berada di pejabat timbalan perdana menteri. Datuk Seri Najib Razak memanggil semua Adun dan ahli parlimen BN sebelum mengadakan sidang akhbar khasnya jam 4 petang ini. Adun Bota, Datuk Nasaruddin Hashim - yang mengumumkan melompat kepada PKR selama 10 hari - juga kelihatan di pejabat timbalan presiden Umno itu.

5:06 Petang
BN mempunyai cukup jumlah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) untuk membentuk kerajaan baru Perak selepas empat Adun melompat kepadanya secara terbuka dan rasmi hari ini. Tiga bekas wakil rakyat Pakatan termasuk Adun Jelapang dan juga bekas Timbalan Speaker DUN Perak, Hee Yit Foong akan kekal wakil rakyat bebas tetapi bersama kerajaan BN, kata timbalan perdana menteri. Datuk Seri Najib Razak berkata beliau akan menghadap Sultan Perak secepat mungkin. Adun Bota, Datuk Nasaruddin Hashim - yang mengumumkan melompat kepada PKR selama 10 hari - kembali semula kepada Umno. Nasaruddin menafikan beliau "diculik" seperti dakwaan menteri besar Perak, Datuk Seri Mohd Nizar JamaluddinAdun Jelapang dan juga bekas Timbalan Speaker DUN Perak, Hee Yit Foong kelihatan di Putrajaya.

5:35 Petang
Menteri Besar, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin kelihatan meninggalkan Istana Kinta di Ipoh selepas menghadap Sultan Perak. Beliau menyatakan ringkas "terserah kepada tuanku" kepada pemberita di luar pintu masuk istana.

Ehsan Malaysiakini.


Isu Lompat parti yang berlaku di Perak menjadi bualan hangat rakyat Malaysia sekarang. Bagi Penulis, Isu melompat parti merupakan satu isu moral. Bermaksud, suara rakyat diketepikan dalam hal ini selain dikira berpaling tadah atau khianat pada perjuangan parti. Tetapi siapa yang memulakan idea lompat parti ini? Masihkah kita ingat dengan janji seorang pemimpin mengenai Idea 16 September? Apa sudah jadi? Adakah idea ini sudah memakan diri mereka? Adakah pemimpin kita pada hari ini tidak mempedulikan nilai moral mereka? Saya tidak setuju kalau idea melompat ini akan ditawarkan dengan wang a.k.a RASUAH.

Tidak dinafikan, pengaruh BN selepas PRU12 ini berkurangan. Tetapi seperti di Perak, isu lompat parti bermula dengan Adun Bota dari UMNO masuk PKR. Bermakna, Pakatan Rakyat memulakan dahulu. Manakala, MB Perak pula menyokong lompat parti UMNO ke PKR. Bagi mereka moral orang melompat parti ke PR merupakan suatu kebaikkan dan menjadi keburukkan jika melompat ke BN. Adilkah begitu? Tetapi ramai yang percaya Adun Bota keluar UMNO kerana ingin memberi isyarat kepada Pucuk pimpinan parti BN bahawa, mereka semua perlu diberi perhatian. Selain itu isu mengenai Tanah juga menjadi pertimbangan ADUN-ADUN ini untuk keluar dari Pakatan Rakyat.


Apa-apa pun, pengajaran yang saya terima daripada fenomena politik Malaysia ini. Apa-apa boleh berlaku selepas ini. Sekarang ini semua keputusan di Tangan Sultan Perak. Baginda yang akan memastikan sama ada perlu bubar atau tidak Dun Perak.

p/s: Bosan dengan politik Malaysia... Tetapi tetap akan sokong kerajaan yang Utamakan Bangsaku, Agamaku, dan Negaraku...

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

klu BN anak berlawan cara demokrasi la yek...ini main ugut n beli ahli dun pulak...kluorg tu nk berhijrah cara baik takpe..heeheehehehe..lgpun nk bgtau amik la ahli pkr yg rasuah tu..kami dh nak pecat lak..tetiba BN kutip lak..bgsla BN nie alamklumla kaki bapak rasuah..hehehehehe

Tanpa Nama berkata...

Mcm la PKR tu x start dengan rasuah... ADUN BN pun akui mereka dipancing dengan sejumlah wang dan jawatan. Buktikan dulu betul atak tak mereka hijrah kerana rasuah atau dibeli.. kalo dulu betul bekas ADUN PKR ni rasuah, kenapa dia tak buang dari dulu lagi? PR Perak menafikan malah x perlu kosongkan kerusi exco.

Kepada mohfir... teruskan analisis ringkas anda.

MoHFiR - Mohd Firdaus berkata...

Saya taknak keruhkan keadaaan... saya rasa isu ni makin menjadi sensitif kepada semua orang.

Mcm nila... BN hanya mencadangkan penubuhan kerajaan baru sebab dapat sokongan dari 3 ahli bebas dan kemasukkan semula Nasarudin ke dalam UMNO. Tiada isu mereka nak masuk BN atau tidak.

Macam MB Nizar jugak.. mencadangkan perbubaran DUN. Untuk adakan pilihanraya baru.

Akhir Sekali, Baginda Sultan yang tentukan sama ada bubar atau peralihan kuasa. Kalau x diiktiraf, DUN boleh bersidang dan adakan undi tidak percaya. Tetapi Kemungkinan besar Pihak Pembangkang Perak (BN) yang akan menang dan MB perlu berundur. Tetapi, Baginda sultan telah memikirkan dengan semasak yang mungkin. Kita pun tahu, Baginda Sultan adalalah bekas Ketua Hakim Negara dan antara pengamal undang2 yang sgt digeruni. Sudah tentu Baginda dah buat keputusan yang terbaik. Sultan tidak menyebelahi mana2 pihak sebenarnya.

Thanx for ur comment... TQ :)

Tanpa Nama berkata...

klu ada rasuah sila bawa ke mahkamah setakat tuduh je baik tak payah..n mengenai najib tu mmg kes merasuah dh di bawa ke mahkamah..jeng2 mahkamah umno kang skrg nie..hehehehehe...lg satu lupa lak nk bgtau yg dua org adun pkr yg jadi katak tu pun ada pertuduhan rasuah tau..anwar kata amikla..kami mmg nk buang dh pun..hehehehehehehe...bengong2..aku kah bengong atau bengong negara=BN..kahkahkah

Tanpa Nama berkata...

Woiii sudah arrr tue... x habis2 pasal BN rasuah PR x rasuah. Mcm bagus pun ada PR ni... mcm la dia bersih sgt!!!

kepada Anwar.. terima kasihla buang mereka... dah buang hilang negeri plak tue. Padan muka!!! Dulu beria2 menafikan diorang x bersalah. Fitnah BN konon!!! Bila mereka nk sokong BN, salah plak... lagipun rakyat dah muak tau dgn PR ni... byk politik daripada bg kebajikan.

tu bekas ADUN DAP apa cite plak? timbalan speaker perak tue...

Tanpa Nama berkata...

kita tunguuu...kahkahakah...siapa yg masih lg mentadbir...PR tak la baik sangat tp Islam yg terbaik...nk btau satu benda je lg pasni tak nak komen dh kut..kat dunia ni ada dua je kerajaan haram...satu Israel laknaktullah..n satu lg..jeng..jeng..jeng...pemenangnya ialah kerajaan BN di perka yg amik perak tanpa menggunakan undang2 yang sah..klu tak caya rujuk kenyataan rais yatim tk pun ku li..itu kenyataan otaimer umno tau bukan PR...kuah...kuah...kuah...klu dh kerajaan harampenyokong kerajaan tu tak tau la...nak disebut pae ...heheehehehehehe..eh2 jap2 hari tu kata nak biar perka ditadbir oleh orang Melatu..skrg mamak yg dapat..last melayu ape pun tak dak...hahahahahahahahahahaha

MoHFiR - Mohd Firdaus berkata...

Wahhh.. hangat tul pasal Perak. Ramai gak yang sensitif yer either BN or PR.

Tapi saya x setuju anda samakan BN dengan Israel. BN tak guna kezaliman saudara/i. Sebab BN still guna saluran betul. BN hanya mohon pekenan raja untuk tubuh kerajaan. Raja yang tentukan sama ada DUN dibubarkan atau tidak. Kalau baginda bubarkan dun pun... BN mmg x kisah sebenarnya. Kita tgk 3 negeri Perlis, terengganu dan Perak tidak terkecuali... Penentuan Menteri Besar ditentukan oleh RAJA bukan rakyat. PR dan BN akur. Undang2 kata MB atau KM perlu dilantik dari kalangan wakil yang mempunyai majoriti dalam ADUN. Simple jer nak faham. Kuasa Bubar di bawah Sultan dan TYT.

Dalam kes ini ahli politik Malaysia yang berkuasa perlu ambil iktibar:

1. Tiada istilah kawan dalam politik sama ada PR atau BN
2. Raja, Sultan dan TYT adalah kuasa Mutlak penentu politik Negeri.
3. Politik Permusuhan sudah meresapi minda rakyat.

MB Perak yang baru adalah Melayu. Melayu mixed. Jangan lupa MB lama Nizar pun mixed. Saya pun Melayu mixed.

Kesimpulannya... Lompat melompat ni bagi aku lebih kepada moral individu dan parti itu sendiri. Ada baiknya dan ada keburukkannya...

Apa pun dah terjadi kita terima jela hakikatnya. Sekarang marila sama2 kita membantu kerajaan memulihkan ekonomi negara. Masa depan kita lebih penting. Belum pasti kita boleh dapat kerja atau tidak pasni. Biarla ahli politik buat yang terbaik untuk kita dan negara kita.