Sekapur Sireh Seulas Pinang...



Selamat Datang Ke laman blog saya.. tentu korang tertanya kenapa "Kejujuran Alam Itu Nyata" menjadi Tajuk Blog saya... Senang je nak diterjemahkan. Alam Semulajadi kita ini adalah ciptaan Tuhan yang sangat jujur. Alam Semulajadi tidak pernah tipu kepada semua kehidupan di dunia. Malah Alam semulajadi inilah menjadi saksi kepada kebaikan dan kerakusan sang Manusia. Mungkin ada segelintir yang tidak faham tapi apabila anda memerhati alam sekeliling ciptaan Allah yang Maha Agung.. InsyaAllah ungkapan Kejujuran Alam Itu Nyata akan dapat difahami.

Selasa, 2009 November 24

Apa nak Jadi Manusia Sekarang ni...

Bapa menjadikan Anak sebagai Hamba Seks

KAJANG: Seorang bapa bernafsu ‘setan’ sanggup menjadikan anak perempuannya sebagai hamba seks sejak lapan tahun lalu walaupun ketika itu anaknya baru berusia enam tahun. Bagaimanapun, penderitaan dialami kanak-kanak itu akhirnya dibongkar selepas mangsa nekad melaporkan perbuatan bapa kandungnya itu kepada polis pada 18 November lalu.

Difahamkan, kejadian berkenaan pernah diceritakan mangsa kepada ibunya namun wanita itu enggan mempercayainya kerana mendakwa perbuatan keji terbabit tidak dilihatnya sendiri. Sejak itu, mangsa hanya memendam perasaan dan terpaksa merelakan perbuatan bapanya itu kerana si ibu tidak percaya serta mendakwa mangsa sengaja mereka cerita bagi memburukkan bapanya.

Penderitaan yang ditanggung mangsa itu akhirnya diceritakan kepada kakak sulungnya yang menasihatkan mangsa membuat laporan polis kerana kejadian itu dianggap perbuatan keji dan jijik selain kakaknya pernah menjadi mangsa kerakusan nafsu bapa mereka itu pada 2007.

Petikan Harian Metro 24 November 2009


Remaja 16 tahun hamil didakwa diperkosa sejak Julai

KUALA LUMPUR: Seorang remaja berusia 16 tahun yang tercicir dari persekolahan, dirogol berulang kali oleh majikannya di Sabak Bernam sejak beberapa bulan lalu hingga menyebabkan mangsa mengandung. Sumber berkata, kejadian itu hanya disedari selepas mangsa mendedahkan perbuatan suspek berusia 48 tahun itu kepada ibunya baru-baru ini.Sehubungan itu, mangsa dibawa membuat pemeriksaan di hospital dan laporan polis.

"Mangsa dikatakan kali pertama dirogol pada 26 Julai lalu, selepas kedai makanan majikannya ditutup pada malam hari berkenaan. "Suspek dikatakan mengambil kesempatan ketika mangsa menukar pakaian dalam sebuah bilik stor di belakang premis itu dengan memberi mangsa minum kopi menyebabkan gadis itu tidak sedarkan diri.

"Sebaik sedar semula mangsa mendapati pakaiannya berada dalam keadaan tidak terurus serta kemaluannya mengalami kesakitan," katanya di sini, semalam. Sumber itu berkata, suspek mengaku kepada mangsa dia merogolnya, namun mangsa takut mendedahkan perkara itu kepada pihak lain kerana diancam oleh suspek.

Petikan Berita Harian 24 November 2009




Apa nak jadi dengan Orang kita sekarang? Kenapa mereka semua tergamak melakukan perkara yang kita sendiri tahu adalah SALAH??? Bila baca kes-kes rogol, penderaan seksual, atau Seks tanpa kerelaan merasakan bahawa rakyat Malaysia sekarang semakin teruk sifatnya. Apa dah jadi pada adab timur kita? Apakah kita dah lupa bahawa melakukan perkara terkutuk itu boleh mendatangkan mudarat pada kita sendiri dan orang lain?

Kadang-kadang aku rasa Rakyat Malaysia yang BERAGAMA ISLAM ni kurang ilmu dalam hal-hal begini. Lemah iman.. betullah... Tanda2 hari nak kiamat ni apabila penzinaan berlaku berleluasa di muka bumi. Malah boleh kita lihat di tepi jalan. Erti Zina itu luas.. Zina Mata, Zina tangan dan pelbagai bentuk Zina kecil tetapi Zina yang besar apabila melakukan persetubuhan yang 'sempurna' yakni apabila Zakar dimasukkan ke dalam Faraj maka itu dinamakan persetubuhan atau Zina Besar.

Adakah anda semua tidak sedih dan ambil tahu mengenai masalah dan gejala rakyat kita sekarang? Apa dah jadi dengan budi bahasa kita. Apakah ustaz2 di sekolah kita belajar tidak mengajar kita apa keburukkan melakukan rogol dan sebagainya? Apakah mereka yang telah berkahwin ini tidak tahu dimana tempat halal baginya? Apakah mereka yang seringkali dipanggil AYAH atau BAPA yang sepatutnya menjadi pelindung dan pendorong melakukan perkara yang tidak senonoh malah merosakkan masa depan mereka? Apa dah jadi sebenarnya rakyat kita?

Apakah mereka tidak tahu hukuman yang mereka terima jika melakukan ROGOL atau seks tanpa kerelaan? Apakah mereka tidak tahu HUKUM ISLAM jika kesalahan merogol dan berzina? Kalau tidak tahu meh saya bagitahu... Jika tidak berkahwin hukumnya DISEBAT 80 kali dan jika pelaku itu telah BERKAHWIN maka direjam sampai mati!!!

Dah sampai masanya.. Kerajaan menguatkuasakan hukum yang keras yakni hukum Allah S.W.T dalam kesalahan melakukan zina. Nescaya, bukan orang Islam je takut. Orang bukan Islam pun takut untuk melakukan perkara terkutuk ini. Kita kena fikir hasil dari hubungan zina ini akan melahirkan anak tidak sah taraf atau ANAK LUAR NIKAH yakni anak ini akan menjadi masalah apabila dah besar. Sudahlah tidak berbapa. Nama mereka pun tidak boleh di bin atau binti dengan bapa yang 'bertanggungjawab'. Itu belum lagi apabila hasil anak 'Haruan Makan Anak' mcm manala emosi mereka apabila dah besar? bayangkan anak ini tanya mak.... "Mak sapa bapa saya?" bagaimana si ibu tu nak menjawab? sanggupkah dia kata "Bapak Mak adalah Bapa kamu?" fikirkan bagaimana celaru anak itu bila dah besar?

Itu belum cerita lagi apabila pasangan zina yang membuang bayi yang comel di dalam Mangkuk Jamban dan dalam Tong sampah... Ya Allah Ya Tuhanku... hindarila diriku dari malapetaka begini. Tergamaknya.. dahla melakukan dosa tersebut pastu membunuh nyawa yang tidak berdosa? apa dah jadi dengan akal kita? Kucing aku yang lahirkan anak smpi 3-4 ekor pun tidak dibuang mana2.. dijilat dan disusukan dengan penuh kasih sayang... itu haiwan? Manusia bagaimana plak? dahla dilahirkan di dalam jamban... tempatnya layak dalam lubang jamban? itu manusia ke? itu lagi teruk dari haiwan.. mungkin lebih teruk dari syaitan dan iblis...

Jadi kepada kawan2 sekalian sama ada lelaki atau perempuan. Couple atau tidak jagala diri anda. Selain aurat dan sebagainya perlula dijaga dan jangan jadi fitnah atau santapan mata oleh orang yang memang x boleh kawal selera jiwanya. Sesungguhnya saya menasihatkan diri saya sendiri dan anda sekalian... JANGAN SESEKALI MELAKUKAN PERKARA2 TERKUTUK INI SEHINGGA MELAHIRKAN ANAK YANG TIDAK BERDOSA akibat dari kelakuan dan dosa kita. Allah / Tuhan kurniakan akal untuk kita berfikir mana yang baik dan buruk. Gunakalah ia sebaik mungkin. Hukuman Allah itu sudah pasti. Maka jagala diri kita sebaik mungkin!!!


p/s: Aku mmg geram gila setiap hari asyik ada kes rogol dalam paper... dah tak betul manusia skang. Aku Riso... Balasan Allah tu pasti...


Ahad, 2009 November 22

Minggu yang Sibuk

Aku dah sampai takde idea nak tulis apa lagi... aku bukannya kaki gosip mcm Cik Dila, Cik Ain and Cik Nisa... Manjang je ada gosip baru... tgk lelaki handsomela... Laki tu mcm tulaa... mcm nila... hahaha!! kadang2 aku pun dijadikan mangsa gosip mereka... aku tak bersalah weii dalam hal korang... hahahaha!!

Minggu lepas adalah minggu yang agak sibuk untuk aku. Kat Ofis manjang je aku balik lambat. Sebab nak siapkan ada task and assignment yang PL (Project Leader) aku bagi. Benda tu dah effective Jumaat lepas tetapi disebabkan masalah dari 3rd Party Vendor ni menyebabkan task yang aku handle ada masalah skit. So, dari malam Jumaat smpi malam ni kang aku kena monitoring job tu yang akan start run pukul 12 lebih and habis dalam kul 1. Harap2 malam ni ok and tak perlu aku monitor lagi. Kepada yang guna M2U as example tu paham la kalo kul 12 mmg x boleh buat apa2 transaction sbb time2 tgh malam... semua sistem akan refresh and akan buat profiling yang berkaitan.

Khamis lepas aku ada dinner kat Legend Hotel.. Dinner Maybank IT Division. Skang baru aku tahu yang staff IT kat Maybank ni ramai. Masa dinner je ada 500 orang staff IT tidak termasuk yang tak datang malam tu sebab2 hal yang tak boleh dielakkan. So malam tu ada la IT Idol Maybank... ada ujibakat lagi tu. Siap pki nombor mcm kat AF hahaha!! ada la gak member ajak masuk... huh!! x hingin aku... buat malu je depan org nnt. Tp, Sedap2 gak staff Maybank IT nyanyi... hahahaha!!! Ada 5 finalist mlm tu.

Cabutan bertuah malam tu kira hebat la gak. Handal betul Committee cari sponsor... ada 400 hadiah cabutan bertuah. Tapi malam tu hanya 91 je hadiah yang hebat diumumkan. Seperti biasa malam tu aku mmg tak bertuah. Sedih pun ada gak.. Ye ar... hadiah dia leh tahan gak, Hi Tea kat hotel, Dinner 2 org kat hotel, TV Plasma 32", Laptop, Notebook, Ipod Touch, Ipod Nano, Handphone Vodafone, Periuk Nasi MicroKomputer, Baucer Jusco RM200-400, and paling cokia pun dapat Bag Pack and Payung, Hard Disk 360GB, Pen Drive 4-8GB. Tapi aku still bernasib baik.. Door gift aku dapat barang dari IRIS berupa sebuah headphone Logitech tue... dan juga Pen Drive 2GB as cabutan bertuah untuk semua org pada malam tu yang x dpt 91 hadian cabutan.




Semalam (Sabtu) aku pi umah kawin member aku, Anul Suhada (ExPUO) dengan Jailani dekat Pinggiran USJ. Dapat jumpa lama masa kat Politeknik. Geng2 lelaki la mcm Jasnizan, Farin, Muaz, BoB dan Amirudin dan geng2 pompuan mcm Kdie, Kak Dot and Aimi. Tak sempat jumpa si Ema, Olien and Ilya hari tue... Borak2 la and surprise jugakla member kamcing aku masa poli yang merangkap roommate dan housemate aku masa kat poli pun nak bertunang this year and lebih mengejutkan dia pun bertunang sama tarikh dengan tarikh aku bertunang. Nasib baik bakal tunang bukan dari negeri yang sama... Hahaha!! Muaz bakal bertunang dengan orang terengganu... Kuala Berang... hahaha Muaz!! siapla balik kampung sana nanti asyik banjir je... kekeke!! Aku InsyaAllah bertunang dengan Orang Melaka. Bak kata orang, Orang Melaka ni kasar skit... kekekeke!!

Pas kenduri tu aku lepak2 ngan member lelaki kat Ole2 Seksyen 18, Shah Alam. Minum kat Kopitiam Pak Ali. Lepas dah lepak aku pun terus jumpa bakal tunang aku kat Klang. Ni pun sebab awek aku dah belikan tiket wayang utk movie 2012... Dia mmg tahu aku suka tgk movie tu dan belanja aku tengok cite tue... Terharu la gak.

Sampai umah kat KL dah kul 11 and aku terus duduk depan komputer and start monitor job dan follow up ngan Operation Team yang handle sistem yang aku kena tanggungjawab. Hurmm.. Malam ni pun sama. Harap2 okla... lehla aku buat keje lain sok kat ofis. Keje IT inila masalahnya... system semua kena refresh pada waktu tgh malam. Sigh~~~


p/s: Tetiba banyaj idea plak menaip hari ini... Anyway, hari ini gaji dah masuk... so mlm tadi aku treat family aku makan2 kat umah... tadi.. Beli makanan JOHOR... sedapnya!!!

Isnin, 2009 November 16

Nak cite apa yerk arini?

Aku tak tau nak cerita apa hari ini... Sebenarnya hari ini aku byk duk termenung... Tiba2 perasaan rindu aku datang semula... Rindu kat ARWAH Atuk (Grandfather) aku sama ada belah abah aku and belah mama aku... Abdul Kadir Bin Hussein meninggal dunia pada tahun 2002 dan Harun Bin Maarof pada tahun 2003.

Aku sangat merindui mereka... Sebenarnya dah banyak kali aku mimpikan mereka. Aku sangat rapat pada mereka. Aku pernah tanya nenek aku... selalu beritahu yang aku ni selalu mimpikan mereka. Nenek aku beritahu bahawa, jika kita mimpi orang yang dah mati lebih2 lagi orang yang kita sayangi bermaksud kita dah hampir lupakan dia. Kita dah tak sedekahkan dia Al-Fatihah dan bacakan Yasin untuk dia. Terus terang aku kadang2 menangis sorang2 dalam bilik bila perasaan rindu tu datang.

Aku tak dapat bayangkan jika aku kehilangan orang yang aku sayangi. Ibu bapa kita terutamanya... Aku tak tahu aku boleh menerimanya dan tabah menghadapi dugaan dari Allah S.W.T.

"Ya Allah... Ampunkan dosa kedua belah datuk ku dan ringankanlah siksaan kuburnya dan Kau golongkan mereka ke dalam golongan orang yang beriman."

" Ya Allah, ampunkan dosa kedua ibubapaku... berkatilah hidup mereka dan kurniakan kesihatan yang berkekalan sehingga akhir hayat. Lindungilah mereka dari sebarang kesusahan dan kecelakaaan.."

"Ya Allah, Tuhan sekelian Alam... Ampunkanlah dosaku dan dosa sahabat2 yang mengenali aku... Berkatilah hidupku dan hidup mereka dan permudahkan urusanku dan urusan mereka.. Jauhikanla diri kami dari sebarang kecelakaan dan kurniakanlah kami rezeki yang halal disisi-Mu... Ya Rahman Ya Rahim..."

AMIN.....


-------------------------------------------------------------------------------------------------

Hanya tinggal dalam sebulan je lagi. Tak prepare pape pun lagi. Agaknya aku ni jenis suka wat last minute kot. By the way dalam akhir bulan November ni aku baru start membeli belah apa yang patut. Barang hantaran untuk tunang ni walaupun simple tetapi susah nak dipikirkan. Agaknya mcm mana yerk kalau fikir pasal hantaran untuk nikah... Lagi semak kepala aku dibuatnya...

Apa-apa pun masih ada 38 hari lagi untuk membuat persediaan. Tapi sebenarnya aku ada 10 hari masa free untuk aku membuat persediaan. 10 hari tu adalah hari sabtu ahad jela... hari lain aku keje... mana ada masa nak kuar cari barang...

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Tadi borak2 dengan Ali Ahmad (Budak Sains Pengurusan Sistem). Tanya aku pasa gathering. Wei Nisa... ko suka2 je kata aku handle yer!! ko nak kena ni... Huhuhu... InsyaAllah kalau takde aral 5hb tu jadila... Tapi takkan jumpa je kot. buatla aktiviti skit.

Tadi masa borak.. Ali cadang untuk kita pi Sunway Pyramid and buat tournament bowling. Aku memang teringin nak buat tournament bowling tapi kalo boleh nak ramai la... leh buat team. leh booked and kita boleh buat hadiah. Ok tak? Tapi kalau boleh aku x nak buat sorang2la... aku agak bz.. nnt tak terbuat aku... aku memerlukan pertolongan dan pendapat korang. kalau boleh sebelum raya haji nila kita dah decide..

Nisa... sila cari member2 yang nak join.. sila buat iklan.. ko kan pandai buat iklan and mempunyai kuasa pujuk yang bisa melemahkan perempuan dan lelaki.. hahahaha!!!


p/s: Ada orang dah tak ingat kita lagi~~ teka sapa dia?

Tahniah kat korang...

Hari ini adalah cerita bergambar yang dah agak basi dan agak lewat untuk dipublish tapi berkat kerajinan aku... akhirnya dapat gak dipublishkan... Terima Kasih kepada Facebook di atas sumbangan gambar ini... hahahahaha!!!

Antara Kawan-kawan aku yang dah selamat mendirikan rumah tangga... sorila mmg selalu sangat aku tangguh nak publish kat blog aku. Anyway aku nak wish korang... Congratz (Walaupun ada yang dah nak setahun dan sedang menuggu cahaya mata dan yang dah ada cahaya mata pun ada). Kalau ada yang aku x dapat datang tu aku mintak maaf banyak2 yer!!! huhuhu!!!

Semoga korang semua berbahagia!!!


Huda and Husband (Classmate masa Kat Politeknik Ungku Omar) - Waiting for her 1st Baby Born now!!! Congratz!!!


Ilya Husna and Husband ( Classmate masa kat PUO)


Hairul Nizam and Wife (Member SMKA Sultan Muhammad Melaka)


Sharif and Wife (Member SMKA Sultan Muhammad Melaka) - Anak Satu


Mohd Nubairi and Wife (Classmate SMKA Sultan Muhammad Melaka)


Fadhilatul Ahya and Husband (Classmate UKM dan PUO) - Anak satu dah!!!


Farah Zafirah and Husband (Classmate PUO)

Ramai lagi kawan-kawan aku dah Kahwin cam Hanif Yazid (SMKA SM), Ruhana (PUO), Azizul Aziz (SMKA SM), Mazuratul Akma (PUO), Zulfadli Jantan (SMKA SM), Lidia (PUO), dan ramai lagi... sori kalau ada yang tertinggal.... Wish u all Happyla...


Yang ini plak versi Tunang plak... Ramai gak member2 aku yang dah bertunang... Tahniah kat korang gak!!

Anul Suhada (Classmate PUO) - Langsung 21hb November ni...


Yuzirah Abd Rahim (Classmate UKM) - Langsung Disember ni.


Fadilah Sharif (Classmate UKM) - Langsung Tahun 2010


Nor Wahida Mat Noor (Classmate UKM dan PUO) - Langsung Tahun 2010


Siti Fairuz (Member PUO) - Dengar cerita Langsung Disember ni... yang ni aku x pasti... Peus bila ko punya majlis?? huhuhu!!


Dan ramai lagi kawan2 aku yang dah bertunang.... Tahniah kat korang semua!!! Yang nak bertunang tu.. tahniah la gak yer!!!


p/s: Best plak tgk kawan2 yang dah ada anak and yang tgh sarat mengandung... huhuhuhu!!! Tapi takut pun ada gak!! huhuhuhu!!

Sabtu, 2009 November 14

Tak Boleh Tok Guru...Tak Boleh!

ULASAN/PETIKAN DARI MSTAR Oleh ROZAID A. RAHMAN

SECARA TRADISINYA orang Melayu sejak turun temurun telah diajar tentang tiga darjat penghormatan. Pertama kita diajar jangan menderhaka kepada Raja; kedua ibu-bapa dan ketiga tok guru. Ini menjadikan situasi kita sangat sulit apatah lagi untuk menegur ketiga-tiga institusi ini sama ada secara terang mahupun tersirat.

Jadi apabila kita dapati tok guru yang kita semua sayangi seperti Tok Guru Nik Aziz Nik Mat bercakap tentang perkara-perkara yang pada pemikiran dan pemahaman kita sebagai sesuatu yang tidak kena, maka kita menjadi serba salah. Serba salah untuk menegur.

Apatah lagi tok guru seperti Nik Aziz yang memakai dua topi (mungkin dalam hal ini lebih sesuai dipanggil kopiah) iaitu satu sebagai tok guru dan satu lagi sebagai menteri besar. Sebagai tok guru, Nik Aziz melihat dirinya hanya mengikut apa yang telah dilakukan oleh Rasulullah SAW apabila beliau melantik menantunya sebagai ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat kerajaan negeri di bawah Menteri Besar Yang Diperbadankan.

Nik Aziz dipetik sebagai berkata, sedangkan Nabi Muhammad lagi melantik menantu-menantunya ke jawatan dan kedudukan mentadbir negeri (Madinah), jadi beliau tidak nampak di mana salahnya beliau melantik menantunya menerajui sebuah anak syarikat negeri.

Wajarkah Nik Aziz membuat perbandingan demikian? Jika beliau melihat dirinya sebagai anbiya dan anbiya adalah pewaris nabi maka mungkin ada kewajaran kepada hujahnya, setidak-tidaknya begitulah pada pandangan beliau sendiri. Tetapi pada ketika Nik Aziz berkata demikian, beliau sebenarnya memakai topi/kopiah yang mana satu? Topi atau kopiah tok guru kah atau menteri besar.

Melantik menantu sendiri menduduki kerusi eksekutif boleh dilihat sebagai satu keputusan yang tidak betul jika beliau berbuat demikian atas kapasiti seorang menteri besar. Zaman dahulu mungkin orang tidak berapa kisah tetapi zaman sekarang orang memanggil perbuatan itu sebagai nepotisma. Dan sedikit masa dahulu, parti-parti seperti PAS sendiri seringkali menyebut ini sebagai nepotisma. Tetapi apa agaknya istilah yang perlu digunapakai untuk kes menantu Nik Aziz ini.

Malah Nik Aziz telah memberi restu kepada menantunya itu untuk memecat seorang penyokong kuatnya sendiri yang juga merupakan seorang bloger popular yang beliau sendiri ambil bekerja di Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK). Bloger tersebut yang bernama Syed Azidi@Kickdefella dipecat kerana disyaki terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam membawa masuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke PMBK untuk menyiasat menantu tok guru.

Tapi tak apalah. Mungkin itu juga hak tok guru untuk melantik dan memecat siapa yang beliau rasa berhak. Tapi bagaimana pula dengan soal menerima RM65,000 sebagai ‘hadiah’ untuk mengerjakan haji. Tok Guru Nik Aziz atas kapasitinya sebagai tok guru merasakan apa salahnya orang hendak menghadiahkan beliau tiket serta belanja untuk mengerjakan ibadah yang menjadi rukun Islam yang keenam.

“Saya hendak mengerjakan ibadah...apa salahnya,” kata tok guru ketika mengajar di Dataran Ilmu di Kota Bharu Jumaat lalu di hadapan beratus pengikutnya. Semua diam mendengar dan mengangukkan kepala tanda setuju. Beliau tidak menganggap ia sebagai satu bentuk rasuah.

“Orang nak bawa saya pergi ke Mekah, kenapa saya nak tolak. Saya pergi ke Mekah, jarang belanja saya sendiri. “Orang tolong bayar. Semua orang berebut (untuk membiaya saya ke Mekah),” kata beliau. Tetapi minta maaf banyak-banyaklah kali ini tok guru. Dalam hal ini, memang tok guru salah. Dan kita kena tegur akan kesalahan tok guru kali ini. Bukannya mengiyakan apa yang beliau cakap.

Ya, akhirnya beliau telah membuat keputusan untuk tidak menerima ‘hadiah’ tersebut. Tetapi malangnya beliau menyalahkan pihak akhbar kerana membesar-besarkan isu ini sehingga membantut niatnya untuk mengerjakan ibadat yang dijadualkan pada 18 November ini.

Kesayangan kita kepada Tok Guru Nik Aziz telah mendorong sebahagian besar daripada kita ‘mengiyakan’ segala tindak tanduk beliau atau lupa hakikat bahawa beliau juga adalah menteri besar yang terikat dengan segala bentuk perintah serta peraturan am seorang anggota pentadbiran negeri.

Sebagai tok guru mungkin Nik Aziz merasakan tidak ada apa yang salah dengan menerima hadiah dalam bentuk mengerjakan amal ibadat.Malah Setiausaha PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim mencelah dengan berkata, ini cara penduduk Kelantan meraikan orang agama.

Tetapi semua orang kena ingat yang tok guru ada satu kopiah lagi iaitu kopiah menteri besar.

Sebagai menteri besar, tak boleh tok guru...tak boleh terima ganjaran berbentuk hadiah sedemikian. Sebagai Yang Amat Berhormat, tok guru boleh disabitkan menerima ‘suapan’ apatah lagi syarikat yang hendak menghadiahkan tok guru pakej mengerjakan haji itu adalah syarikat yang berkepentingan yang khabarnya mendapat kontrak perniagaan daripada kerajaan negeri.

Jadi tak boleh tok guru buat macam ni. Sebab tok guru juga adalah seorang menteri besar dan ketua pentadbir sebuah kerajaan negeri. Tok Guru boleh disabitkan dengan kesalahan rasuah - sama ada rasuah moral atau rasuah kebendaan sekiranya SPRM masuk menyiasat dan mendapati seorang penjawat awam tidak boleh menerima apa jua bentuk habuan apatah lagi dalam bentuk wang ringgit dan perjalanan ke luar negara - tak kisahlah atas nama ibadat atau apa sekali pun.

Apa agaknya tok guru nak kata atau orang PAS nak kata kalau perdana menteri Malaysia mengaku buat perkara yang sama? Mungkin minta parlimen bentuk suruhanjaya siasatan diraja agaknya.

Wallahualam.

p/s: Untuk renungan dan iktibar bersama...

Isnin, 2009 November 09

Persediaan untuk masuk ke "Fasa Baru"

Tajuk kat atas membawa pengertian yang sangat bermakna untuk aku dan si-dia... Setelah hampir 9 Tahun kami berkenalan antara satu sama lain. Dari Zaman sekolah, matrikulasi, politeknik dan universiti sehingga ke alam pekerjaan. Satu jangka masa yang lama... Bila teringat kenangan lalu memang rasa nak gelak pun ada. Hahahaha!!!

Sepupuku pernah bertanya, "Abang Long... Abang Long x rasa bosan ke couple lama2?" Aku senyum dan menjawab,"Mak ayah kita dah kahwin lg lama... rasa-rasa mereka bosan tak?" Sepupuku mengeleng kepala. Aku menyambung, " Jika kita dah sayang dan cinta pada seseorang itu, maka peliharalah ia dengan sebaik mungkin. Cinta dan Sayang kerana nafsu memang akan membuat diri kita sendiri berasa bosan kepada si-dia. KEJUJURAN adalah segalanya... Nescaya Allah akan membantu kita dan Allah akan pelihara hubungan kita. InsyaAllah. Tetapi kita kena ingat. Cinta dan Sayang itu tidak boleh melebihi daripada Allah S.W.T dan Jujungan Nabi Muhammad S.A.W".

InsyaAllah jika diizinkan oleh-Nya, dalam 1 bulan ++ Aku dan dia akan memasuki "Fasa Baru" dalam hidup kami berdua... Fasa Pra Perkahwinan atau dengan kata lain Bertunang... Dengan kata lain jika diizinkan oleh-Nya... Aku akan join club dengan 2 rakan seperjuangan, Fadilah Sharif (Ila) dan Nor Wahida Mat Noor (Kak Ida) yang telah bertunang pada tahun ini juga.

Alhamdulilah... Allah S.W.T masih mengizinkan aku untuk memiliki dia. Aku mohon kepada Kau... Ya Allah.. Ya Rahman.. Ya Rahim... berkatilah hidup kami berdua dan permudahkanlah segala urusan kami berdua. Mohon anda sekalian mendoakan semoga segala2nya akan berjalan dengan lancar... AMIN!!


Mohd Firdaus Mohamad Fadzil (MoHFiR)
&
Siti Hazlin Jantan (AiMaL)


p/s: Pasni dah tak boleh nakal-nakal lagi... Hurmmm... So, sebelum tu nak buat Party la... Bachelor Party.. sapa nak join? hahahaha!!

Ahad, 2009 November 08

MEMPERTUHANKAN POLITIK: BAI'AH TALAQ!

Salam 2 all.

Saya sangat terkejut dengan pengakuan seorang YB Ahli Parlimen PAS yang mendedahkan kepada umum dan disiarkan dalam akhbar utama hari ini Sabtu 17 Zulqaedah 1430/ 07 Nov 2009 bahawa tiap calun wakil rakyat PAS dikenakan syarat bahawa mana-mana ahli yang dipilih menjadi calun bertanding mana-mana kerusi DUN atau Parlimen dikehendaki mengangkat bai'ah (sumpah setia) jika calun tersebut menang pilihanraya dan kemudiannya memilih meninggalkan PAS maka isterinya akan jatuh talak tiga. Beliau mendakwa dasar ini akan menjamin wakil rakyat PAS tidak akan melompat parti!

Saya sendiri telah mendapatkan pengesahan dan pengakuan daripada beberapa wakil rakyat dan kepimpinan PAS yang membenarkan berita tersebut.

Pertama, apa yang menghairankan saya mengapa YB Ahli Parlimen PAS tersebut memilih membuat pengakuan tersebut dan mendedahkannya kepada umum dan disiarkan dalam akhbar-akhbar utama? Mengapa beliau tidak membangkitkan isu ini secara dalaman dan mencari jalan penyelesaian secara muzakarah malalui saluran dalaman parti.

Saya sendiri telah dihubungi oleh ramai pihak termasuk para wartawan untuk mendapatkan komen dan ulasan serta pendirian saya dalam isu ini. Memandangkan YB Ahli Parlimen PAS tersebut telah membuat pengakuan terbuka dan mendedahkannya kepada umum, termasuk disiarkan dalam akhbar-akhbar utama, saya tiada pilihan melainkan terpaksa memperjelaskannya secara terbuka dan menyatakan pendirian saya secara umum.

Bagi saya, ini adalah satu dasar yang paling tidak masuk aqal lagi memeranjatkankan yang pernah saya dengar. Amatlah malang bagi mana-mana gerakan yang menjadikan Islam sebagai teras perjuangan menjadikan bai'ah seumpama itu sebagai dasarnya!

Dasar ini mengembalikan kita balik ke zaman jahiliah, dimana wanita menjadi bahan dagangan, pajakan dan gadaian.

Tidakkah kita sedar bahawa perceraian adalah perkara halal yang paling dibenci ALLAH! Dan kita jadikan perkara yang paling dibenci ALLAH ini sebagai dasar bai'ah dan sumpah ta'at setia!

Saya pada mulanya tidak mempercayai berita tersebut, apatah lagi didedahkan oleh akhbar arus perdana. Maka saya telah meminta sahabat-sahabat wakil rakyat PAS mengesahkannya. Saya sangat terkejut apabila sahabat-sahabat wakil rakyat dan kepimpinan parti tersebut mengesahkan bahwa mereka sendiri telah pun mengangkat bai'ah tersebut.

Malah ada diantara mereka menceritakan bagaimana mereka sendiri menggigil apabila mengangkat bai'ah tersebut. Yang paling sedih, ada diantara para isteri yang dikehendaki hadir dalam majlis bai'ah ini menangis dan menggeletar mendengar ikatan perkahwinan mereka dijadikan bahan tebusan demi untuk kepentingan politik kepartian yang terlalu sempit dan jumud.

Inilah apa yang saya labelkan sebagai mempertuhankan politik, mempertuhankan demokrasi. Apakah kita terlalu taksub dengan politik sehingga sanggup menggadai kesucian dan kemuliaan dan kemurnian perkahwinan sebagai bahan gadaian politik.

Saya pada mulanya tidak bercadang mahu menulis mengenai isu ini, dan berharap ianya dapat diselesaikan cara baik. Namun saya terkejut apabila menghubungi beberapa tokoh parti yang bukan sahaja tidak merasa bersalah dan berdosa dengan bai'ah talaq tiga ini, malahan mempertahankannya dengan alasan-alasan yang dangkal lagi memualkan, yang langsung tidak ada sandaran kepada Al Quran, sunnah Rasulullah mahupun 'amalan para sahabat dan khulafa' rasyidin. Ianya sekadar dasar yang berpaksikan kepada alasan dan sandaran aqal dangkal semata-mata!

Dan saya makin rasa terpanggil menulis isu ini apabila sahabat-sahabat wakil rakyat yang telah berbai'ah meminta saya membawa isu ini, apatah lagi ianya sudah pun menjadi isu umum setelah didedahkan oleh YB Ahli Parlimen tersebut. Mereka sudah tidak boleh menanggung bebanan yang dipikul, tetapi mereka tidak mampu untuk mendedahkannya kerana takut dikutuk dan dikenakan tindakan. Namun mereka meminta isu ini dibincangkan supaya tindakan segera dapat diambil dan kemungkaran yang berlaku dapat dicegah. Mereka berharap apabila isu ini terdedah, maka ada jalan keluar bagi mereka dari ikatan bai'ah dan sumpah ini.

Saya sedar bahawa bai'ah adalah sesuatu yang dibenarkan syariat. Malah Nabi sendiri pernah mengambil bai'ah daripada para sahabat.

Tetapi dalam isu ini asas bai'ah yang diangkat ialah dengan menjadikan isteri dan perkahwinan sebagai bahan tebusan. Mengapa isteri, iaitu pihak ketiga dalam hubungan diantara calun dengan partinya menjadi mangsanya. Bagaimana pula dengan anak-anak yang turut akan menjadi mangsa.

Soal samada calun tersebut benar-benar melompat parti atau tidak tidak timbul. Soal samada perceraian benar-benar berlaku atau tidak bukan isunya. Soalnya ialah mengapa kesucian, kemurniaan dan kemuliaan rumahtangga dijadikan tebusan bagi bai'ah politik ini.

Mengapa tidak dibuat bai'ah dalam bentuk lain. Contohnya bai'ah saperti sumpah la'nat; iaitu saperti:
"Wallahi, watallahi, wabillahi. Saya (polan bin polan) calun bagi kerusi (sekian sekian) dalam pilihanraya ke 12 ini dengan ini bersumpah jika saya memenangi kerusi ini dan kemudiannya keluar dan tidak lagi menjadi Ahli PAS atas apa sebab sekalipun maka saya akan mengosongkan kerusi tersebut sertai-merta, jika tidak la'nat ALLAH ke atas saya".

Saya cukup yakin mana-mana calun akan berfikir banyak kali jika ia bercadang nak melompat parti dengan bai'ah saperti ini.

Saya khuatir dengan isu saperti ini, mereka yang menyokong PAS selama ini akan menjadi ragu-ragu, malah akan menukar sokongan mereka. Sudah tentu kekhuatiran ini berasas.

Bagaimana rakyat nak meletakkan harapan dan kepercayaan untuk kita memimpin dan memerintah negara jika kita sanggup menggadai dan menjadikan isteri dan perkahwinan kita sendiri sebagai gadaian politik?

Apakah kelak bila menjadi Kerajaan Persekutuan dan memerintah maka semua pegawai dan kakitangan kerajaan akan dipaksa berbai'ah menceraikan isteri mereka jika tidak ta'at kepada Kerajaan?!

Saya lebih terkejut apabila diberitahu bahawa dasar bai'ah talaq tiga keatas isteri ini diluluskan dan direstui oleh kepimpinan sendiri. Apakah ini benar? Beberapa orang kepimpinan yang ditanya mengesahkannya. Saya masih lagi berharap maklumat ini tidak benar, tetapi jika ini benar saya sudah kehilangan ayat dan perkataan untuk menggambarkan perasaan dan pandangan saya.

Sebab itu saya berharap Majlis Syura dan Dewan Ulama' PAS segera memperjelaskan isu bai'ah talaq tiga ini. Dan saya berharap tidak muncul sindrom malaikat bisu dikalangan mereka dalam menangani kemelut ini. Biarlah kita berani menyatakan yang hak walaupun pahit. Lebih baik diperbetulkan segera kemungkaran ini dan berharap mendapat keampunan dan keredhoan ALLAH.

Saya juga menyeru Dewan Muslimat PAS menyatakan pendirian mereka dengan jelas dalam isu ini. Saya berharap Dewan Muslimat akan mengambil langkah yang tegas dan berani untuk mempertahankan hak para isteri dan wanita Islam.

Saya juga meminta Majlis Fatwa Kebangsaan supaya segera bermuzakarah dan membincangkan isu ini,
-apakah bai'ah saperti ini dibenarkan syara'?
-jika ia, apakah sandaran atau nas yang membenarkannya?
-jika tidak, apakah kesan bai'ah ini berkuatkuasa saperti satu ta'liq kepada perkahwninan mereka yang berbai'ah tersebut?
-bolehkah pembai'ah tersebut terikat dengan bai'ah saperti ini dan perlu mematuhinya?
-adakah cara untuk membatalkan sumpah bai'ah saperti ini? Jika ada, bagaimanakah caranya?
-apakah mereka yang membatalkan sumpah bai'ah ini perlu membayar kaffarah sumpah?

Saya juga mendesak supaya kepimpinan PAS segera membatalkan dasar bai'ah talaq tiga ini. Saya khuatir jika kepimpinan PAS lambat bertindak, sokongan rakyat kepada PAS khususnya dan kepada Pakatan Rakyat umumnya akan hilang. Kita perlu ingat pengundi wanita adalah majoriti dalam negara ini. Jangan sampai kita dibakulsampahkan oleh kaum wanita yang mutakhir ini meletakkan harapan kepada kita kita untuk membawa perubahan, bukan memutar jam kembali ke zaman jahiliah.

Saya juga mengambil kesempatan ini mengumumkan bahawa saya mengambil pendirian bermufaraqah dan memisahkan diri daripada dasar ini.

Sebagai seorang Ahli Parlimen dan diletakkan dalam kedudukan amanah kepimpinan ini, saya akan dipertanggungjawabkan dihadapan ALLAH kelak jika saya mengambil sikap berdiam diri dan kelihatan bersekongkol dengan dasar ini. Sebab itu saya mengambil pendirian menyatakan sikap saya secara terbuka, kerana isu ini sudah menjadi isu umum. Saya tahu saya akan dihentam dan dicemuh oleh segelintir mereka yang taksub dan fanatik dan tidak berfikir menggunakan aqal; namun saya lebih takut dengan celaan dan cemuhan ALLAH.

Allahumma ya ALLAH, persaksikanlah aku telah menyatakan perkara yang haq ini, dan aku cuba memperbetulkan kemungkaran ini mengikut keupayaan dan kedudukan yang telah Engkau berikan kepadaku. Kau berilah keampunan kepada ku, dan ma'afkanlah dan perbetulkanlah kesilapan dan kelemahanku. Berikanlah aku kekuatan iman dan taqwa dalam usaha ku untuk menyeru kepada yang ma'ruf, dan mencegah kemungkaran ini. Aku tahu aku adalah hambaMu yang paling lemah, dhoif, penuh dengan kesilapan dan kesalahan, namun aku ingin mendapat keredhoan dan maghfirahMu ya ALLAH. Ampunkanlah aku hambaMu yang lemah lagi penuh dengan dosa ini ya ALLAH. Dari Engkau kami datang, dan kepada Engkau kami akan kembali. Kabulkanlah ya ALLAH.

Amin ya robbal 'alamin.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
17 Zulqaedah 1430
07 Nov 2009
p/s: Apa dah jadi ni... bila mempertaruhkan isteri dalam isu bai'ah... Kenapa mesti talak 3 terhadap isteri yang tidak berdosa dan tidak bersalah... sepatutnya perkara macam ini tidak berlaku lebih-lebih lagi dalam parti yang memperjuangkan Islam.

Khamis, 2009 November 05

Jodoh ooOO JodoH

Bagaikan ada banyak persamaan bahkan kadangkala hati berasa dia dijadikan Allah sebagai jodoh anda. Di saat bersedih, dia yang menghulur tangan, menarik anda daripada resah yang menghibakan. Ketika musibah melanda, dia juga selalu membuat anda tersenyum sehinggakan luka ikut sama berlalu.

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan Tuhan Yang Maha Esa. Tuhan juga mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara kedua-duanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan? Berikut adalah petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

# Bersahaja

Si dia bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, percakapan, ketawa serta makan dan minum. Adakah dia spontan ataupun kelihatan pelik? Kalau nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia memang pelakon handalan. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon, tetapi apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, dia adalah calon hidup yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh anda.


# Terima anda seadanya

Apapun kisah silam yang pernah dilalui, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini banyak memberi pengajaran supaya berhati-hati. Dia juga tidak mengambil kisah siapa anda sebelum ini, apa yang penting, siapa anda sekarang. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.


# Saling mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Ada kalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban ditanggung. Apabila mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia anda selamat di tangannya? Bagi mereka yang bercinta, sifat saling mempercayai antara satu sama lain timbul dari hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan yang lain. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.


# Memahami diri anda

Fahami diri pasangan. Ketika sakit dia bawa anda ke klinik. Apabila dilanda kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala anda berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama anda dalam sebarang situasi. Tidak kira sama ada saat gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk anda. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri". Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama untuk melalui hidup ini saat suka dan duka, senang dan susah, dialah calon sesuai menjadi pasangan hidup anda.


# Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu anda. Bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasih malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada anda.


# Mimpi

Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insyaAllah dengan izinnya, anda mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolak dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat kekal selamanya.


# Kata hati

Kadang kala manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga dapat saling tahu perasaan masing-masing. Anda dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu. Apabila yakin dengan pilihan hidup anda, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk anda? Dengar kata hati dan buat pilihan. Serahkan segalanya pada ketentuan Yang Maha Kuasa.
p/s: Ikut kata hati mati ikut rasa Binasa... so ikut apa?

Rabu, 2009 November 04

ISU -- Dr Asri Bekas Mufti Perlis dan Apa WAHABI tu sebenarnya?

Dr Asri: Saya Bukan Wahabi Dan Tak Tahu Apa Itu Wahabi!
--- Petikan Mstar Online 3 November 2009.

PETALING JAYA: Isu penahanan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin pada Ahad lalu masih rancak diperkatakan. Beliau dituduh atas kesalahan mengajar agama tanpa tauliah oleh pihak JAIS dan ditahan pada pukul 9 malam oleh sekumpulan anggota JAIS di sebuah banglo milik seorang ahli perniagaan di Taman Sri Ukay, Hulu Klang ketika memberikan ceramah kepada lebih 300 pengikut. Selain tuduhan kesalahan mengajar agama tanpa tauliah, antara isu lain yang berbangkit ekoran penahanan itu adalah isu penyebaran ajaran Wahabi.

Dr Asri kononnya dituduh membawa ajaran Wahabi oleh beberapa pertubuhan Islam hinggakan perkara ini terkandung di dalam salah satu bahagian dalam Memorandum Fitnah yang diusulkan oleh Persatuan Peguam Syarie Malaysia kepada Agung. Namun, ketika diajukan perkara ini, Dr Asri sendiri berasa hairan dan ingin bertanya kepada mereka-mereka yang membuat tuduhan yang dia Wahabi.... apa itu Wahabi?

"Saya bukan Wahabi dan saya tak tahu apa itu Wahabi. Tolong bagi saya definisi Wahabi. Kalau orang tak baca doa qunut itu, JAIS katakan Wahabi, kenapa tak larang masjid-masjid India kerana setahu saya mereka tak baca doa qunut," katanya. Dr Asri juga mencabar pihak tertentu yang mendakwa beliau menyebarkan fahaman Wahabi di negara ini tampil mengemukakan bukti kukuh. "Jika tidak tahu, jangan membuat tafsiran melulu," kata tokoh agama yang disegani ini.

Jelasnya lagi, hanya kerana seseorang itu tak baca doa qunut, orang itu terus dicap Wahabi. "Majoriti dari Mazhab-mazhab tak baca doa qunut, adakah mereka juga Wahabi.

"Dan saya nak tanya, sekiranya seseorang itu Wahabi, adakah itu membolehkan pihak JAIS dan polis membuat serbuan begitu rupa. Kenapa tak tangkap orang yang tak sembahyang, itupun agama tak suruh berbuat demikian," katanya sambil melahirkan rasa kemusykilannya tentang tindakan JAIS yang menahannya Ahad malam. "Lagipun bila masa yang orang JAIS ikut saya sembahyang subuh sampai tahu saya tak baca doa qunut. Saya betul-betul hairan...," kata Dr Asri.

Insiden penahanan malam kelmarin tidak sedikitpun melunturkan semangat juang Dr Asri untuk menegakkan syiar Islam. "Jika mana-mana pandangan, pendapat atau ilmu saya tidak sama dengan pendapat serta kehendak sesetengah pihak, janganlah saya dengan sewenang-wenangnya dituduh menyesatkan. "Dan lagi, jangan guna akta dan kuasa yang ada untuk menghalang masyarakat untuk mendapatkan ilmu yang baik," kata Dr Asri.



APA ITU WAHABI? SEJENIS AGAMA ATAU FAHAMAN? MARI KITA BACA
--- Petikan dari Wikipedia Bahasa Malaysia.

Wahabi merupakan satu fahaman/aliran dominan yang diamalkan oleh ulama-ulama Haramain/Mekah yang diasaskan oleh Muhamad Abdul Wahab. Fahaman ini dikukuhkan lagi oleh keluarga diraja Ibn Saud yang kini memerintah negara Arab Saudi. Dinasti al-Saud memerintah Arab Saudi sejak 1924. Beliau dilantik Menteri Penerangan Arab Saudi.
Fahaman ini disebut juga sebagai Wahhabi atau Wahabisma. Istilah ini muncul berdasarkan nama bapa pengasasnya.
  • Golongan Wahabi lebih suka menyebut diri mereka sebagai Salafi, Salafiah, Muhawidun yang bermaksud 'satu Tuhan'.
  • Mereka mendakwa menurut pemikiran Ahmad ibn Hanbal (al Hanbaliah, al Hanabilah) yang merupakan salah satu mazhab dalam Ahlil Sunnah Wal Jamaah. Dalam hukum feqah, mereka berpegang kepada tafsiran Ibn Taymiyyah. Faham Wahabi dianggap sebagai penerusan faham Ibn Taimiah, bahkan dalam banyak hal lebih radikal lagi dari Ibn Taimiah.
Aliran Wahabi ini sangat dominan di Arab Saudi, Kuwait, Qatar, Somalia, Algeria, Palestin dan Mauritania.

Amalan Wahabi

Siradjudin Abbas menulis susur galur fahaman Wahabi dalam buku '40 Masalah Ugama' . Beliau adalah kiyai, abuya , ulama besar di Indonesia. Konsep-konsep Moden Fahaman Wahabi yang dibawa oleh Muhammad 'Abdul wahab adalah seperti berikut :
  1. Dalam mempelajari ilmu Usuluddin (Tauhid) harus menganut fahaman Ibnu Taimiyah.
  2. Di dalam Fiqh diharuskan menampal-nampal Mazhab (Talfiq).
  3. Mengambil sumber Al-Quran dan Hadis yang kuat sahaja tanpa Ijma Ulama dan Qias.
  4. Melarang keras umat Islam berdoa dengan Tawassul (Perantaraan).
  5. Melarang menziarahi kubur, walaupun maqam Nabi. Ulama Wahabi membenarkan orang yang mengerja pergi ke Masjid Nabi di Madinah dengan niat menziarahi Masjid, bukan menziarahi maqam.
  6. Menghancurkan tugu-tugu peringatan / monumen kerana hal ini semuanya menjadikan orang musyrik. Bangunan besar yang dibangunkan di atas tempat Nabi di Suq al Leil telah lama diruntuhkan.
  7. Melarang membaca-baca Qasidah yang memuji-muji Nabi seperti Qasidah, Berzanji, Burdah, Kenduri-Kendara,Tahlil dan sebagainya.
  8. Melarangkan umat Islam merayakan dan memperingati Maulidur Rasul, Israk Mikraj dan semua perayaan hari kebesaran Islam yang lain, kecuali Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidil Adha.
  9. Melarang belajar tentang "Sifat dua puluh", "Kifayatul Awam", "Sanusi", "Juaharatut Tauhid", "Husun Hamadiyah" dan lain-lain yang serupa itu.
  10. Fahaman Asy'ari, iaitu fahaman kaum Ahlul Sunnah Wal Jamaah hendaklah dibuang jauh-jauh.
  11. Tidak boleh membaca kitab "Dalailul Khairat", "Burdah" dan lain-lain wirid-wirid yang memuji-muji Nabi s.a.w
  12. Tidak boleh melagukan lafaz Quran, umpamanya dengan lagu Fuqara, Masri dan lain-lain. Quran harus dibaca lurus saja.
  13. Azan tidak boleh berlagu.
  14. Membaca zikir "La illa ha illallah" beramai-ramai dilarang sama sekali.
  15. Imam tidak membaca "Bismillah" dalam Solat.
  16. Amal-amal Tariqat, umpamanya Tariqat Naqsyabandi, Tariqat Qadiri, Tariqat Sazali, Tariqat Saman dan lain-lain dilarang keras.
  17. Wirid, berdoa secara beramai-ramai selepas solat berjemaah dilarang keras. Ini kerana mereka berpendapat ia adalah amalan peribadi.
Wahabi di Malaysia

Majlis Fatwa Kebangsaan di Malaysia tidak pernah mengeluarkan fatwa bahawa Wahabi sebagai ajaran sesat atau fahaman sesat .Ia adalah khilafiah (pertikaian) di mana timbul persoalan mengenai takwil (tafsiran). Jemaah haji Malaysia yang mengerjakan haji di kota Mekah tidak pernah mempertikaikan amalan tidak membaca qunut oleh imam di kaabah. Jemaah Islam juga akur dengan arahan tidak menziarahi makam-makam tertentu malahan makam nabi Muhammad di Madinah. Mereka akur dengan perbezaan tersebut kerana telah dimaklumkan semasa kursus haji yang diberikan oleh pegawai dari Tabung Haji. Pada 8 Mei 2008 di persidangan Dewan Rakyat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi penjelasan pendirian kerajaan Malaysia berhubung soalan dari peguam Zulkifli Noordin (PKR - Kulim Bandar Baru).

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengenalpasti pendakwah antaranya Dr Abdullah Yasin dan Ustaz Hussein Yee sebagai penganut Wahabi yang jelas. Itulah sebab agaknya Hussein Yee tidak lagi muncul dalam program dan ceramah agama di televisyen. Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin tidak pula dilabel sebagai wahabi walaupun rumour menyatakan beliau seorang wahabi. Negeri Perlis yang tidak mengamalkan bacaan qunut juga dilabel sedemikian.
Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengadakan sekurang-kurangnya 6 kali muzakarah atau perbincangan dengan pelbagai pihak sejak 1985 hingga 1998. Perbincangan terbaru dengan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin pada 30 Ogos 2007 iaitu seorang yang pengamal wahabi juga. Kebanyakan lulusan universiti dari Madinah mengiktiraf ajaran Wahabi ini. Majlis Fatwa Kebangsaan tidak pernah menganggap Wahabi sebagai ajaran sesat. Muzakarah kali ke-40 pada 1996 menyebut bahawa mana-mana golongan yang mengisytiharkan diri mereka tidak bermazhab dan menganggap bahawa dialah orang yang lebih baik di samping mencerca dan menghina golongan yang bermazhab sedangkan mereka berada dalam kelompok yang sama, pendekatan dengan cara perbincangan adalah lebih baik.

p/s: Walau bagaimanapun... Menjadi satu rahmat jika ada perbezaan pendapat demi kebaikkan agama Islam itu sendiri asalkan tidak merosakkan agama itu sendiri. Cuma cara menahan Ustaz Asri tu sangat-sangatla saya tidak setuju. Seolah-olah beliau itu penjenayah dan penyebar ajaran sesat. SANGAT BIADAB!!! Kalau nak berdakwah kena ada tauliah, maka susahla kita untuk menyebarkan agama Islam itu sendiri kerana nak ceramah atau dakwah kena ada tauliah. Alasan JAIS sangat memalukan umat Islam di Malaysia. Tuduhan JAKIM amat tidak patut kerana mempertikaikan kelulusan yang diberikan oleh USM kepada beliau... Apa nak jadi dunia ni skang...

Boycott Israel - Zionism!!!